Sunday, March 29, 2009

Myspace :: Medium tayang body!!

tadi aku bukak myspace aku macam biasa. terkujat bila ada kawan dari klang hantar komen berbunyik, "ada pompuan kena perdajal dowh, kawan aku bagitau tadi,"

sekali aku klik url yang kawan aku bagi tadi, woah! sebuah profile myspace yang menhimpunkan gambar-gambar budak perempuan yang nampak betul2 budak malaysia sebab salah satu gambar budak2 perempuan itu ada ada add as friend. Dan primary budak tu memang seksi dan akhirnya dihimpunkan juga dalam profile myspace orang2 yang tak bertanggungjawab yang sangap atau "gila seks" itu agaknya.

himpunan gambar-gambar budak pompuan pakai miniskirt, posing seksi, nampak sikit buah dada, terkangkang-kangkang, pakai singlet. aduhhai. budak-budak zaman sekarang.

kalau nak tengok sangat, nah [klik sini].


Baca Selanjutnya

Friday, March 27, 2009

Pertandingan Filem Pendek



Aku sedang menyiapkan sebuah filem pendek untuk pertandingan ini. Yeah. Doakan aku.


Baca Selanjutnya

PPSMI.



aku sokong penuh!


Baca Selanjutnya

Sunday, March 22, 2009

Anugerah Karyawan Muda!

Salam. Woah. Sekarang kalau korang perasan. makin banyak anugerah atau pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Astro Kirana pun ada buat pertandingan yang dah pun kita tahu pemenangnya iaitu Odoi Odu. Dan Odoi Odu ni jugak turut menyertai pertandingan anugerah karyawan muda anjuran Filem Negara Malaysia. Tapi mengikut dari laman web karyawan muda yang dah pun disenarai pendekkan finalisnya, tak ada pulak Odoi Odu.

Mungkin Odoi Odu kalah sebelum bertanding. Odoi Odu lebih dilihat sebagai drama pendek bagi aku. Dan bukan dalam kategori Eksperimental yang disertainya untuk Program Karyawan Muda. Mungkin sebab itu.

Walaupun apa2 pun Odoi Odu sudah membuktikan kehebatannya!tahniah.
So buat korang yang belu tahu siapa finalis top 10 untuk anugerah karyawan muda, usha websitenya di sini.


baca selanjutnya

aku perhatikan untuk kategori animasi, memang dasyat budak2 malaysia ni buat animasi. semuanya harus diberi pujian wok!! hebat2 belaka. kalau ikutkan finalis top 10 nya di sini,
aku rasa KANCIL ada peluang nak menang.

dan bagi kategori Jenaka yang korang boleh usha kat sini, aku rasa TUMBUH boleh menang.

dan bagi kategori Dokumentari, Belanak Di Muara adalah pilihan aku!


Baca Selanjutnya

Friday, March 13, 2009

Kembali Ke Jalan-Nya

assalamualaikum. lama sudah tidak punya entry baru. sudah bersawang blog ini.
terlalu banyak yang berlaku pada aku. suka. duka. gembira. sedih. tapi pendek kata semua itu adalah dunia semata-mata. dunia yang menyebabkan aku punya perasaan itu. aku terus terang, hidup aku penuh dengan kelekaan. berfoya-foya. menontong wayang. shopping sampai tertinggal sembahyang. di rumah ambil wudhuk, qada'.

jauh dari keluarga memberi aku lesen untuk memperlahankan langkah menemu Allah. Tuhan. berpaling pada segala nikmat dunia selagi ada masa. ya selagi ada masa. itu yang berbisik ditelinga. selagi ada masa. kau enjoy puas-puas.

tetapi, minggu lepas dan minggu ini. pelbagai perkara yang berlaku banyak memberi aku kesedaran. aku sudah jauh menyimpang. walaupun aku tidak minum arak. tidak merokok. tidak main perempuan. tetapi cukup hanya mengqada' kan sembahyang dan melambat2 kan sembahyang hanya kerana pergi menonton wayang, berkaraoke dan shopping sudah cukup membuatkan aku sesat.


baca selanjutnya

tahun ini, boleh di kira berapa kali aku sentuh kitab Yasiin pada hari khamis malam jumaat. sentuh sahaja. tidak membaca. maksudnya, kalau sudah boleh dikira menyentuhnya, membacanya belum tentu ada. ya, ada dalam 2 hari saja aku membacanya. apa lagi Al-Quran. gelap gelita hati ini. kalau matinya esok. sungguh sesaat jasad aku reput hancur dek cacing2 tanah. Ya Allah bagilah kami tempoh untuk bertaubat! kau teguhkan hati kami agar terus kuat. terus tegar. bukan hanya hari ini. terus pada hari esok. amiin~

tahun ini genap usia aku 21 tahun. dan ternyata apabila aku mengimbau saat2 kecilku, selalu membaca selawat. itu pun ketika aku sedang dalam perjalanan membeli keropok 10 sen di kedai. sepanjang perjalanan dari rumah ke kedai ada seekor anjing dan nasihat mak aku, "kalau tak nak anjing tu kejar, bacalah selawat," dan oleh sebab setiap hari aku membeli keropok 10 sen, setiap hari aku berselawat.

semakin usia meningkat, semakin kuranglah jumlah keropok dibeli. dan semakin kurang juga berselawatnya. kelakar kan??? iman manusia berubah2. semakin kecil, kecil dan halus ibarat sebutir pasir dibelah tujuh. dan dibelah tujuh lagi. sampai lumat. sampaikan dengar perkataan hantu saja, kita sudah takut. betapa iman kita tidak teguh takutkan Allah.

tadi, hati aku tergerak untuk membaca Yasiin yang sememangnya setiap hari berada di atas modem internetku. dan Al-Quran yang sudah berdebu setiap hari juga di bawahnya pemberian seorang kakak dari bangi. Aku ingat lagi, waktu itu bulan puasa. Pertama kali aku berpuasa jauh dari keluarga.

akak tu bertanya, "malam nanti adik tadarus?"

aku menjawab, "tak ada Al-Quranlah kak,"

"akak ada Al-Quran kecik, esok akak bawak,"

dan sejak dari itu Al-Quran itu milik aku. diberinya sahaja. Al-Quran itu sebagai sedekah amal jariahnya dikubur kelak insyaallah. sedekah yang berterusan. yang akan menemani kita di alam barzakh. insyaallah.

dan sebelum aku membaca yasiin itu. aku berselawat ke atas nabi. buat pertama kali dalam hidupku, seingat aku, aku menitiskan air mata ketika berselawat. hatiku gembira seolah2 nabi junjungan tersenyum mendengar selawatku. aku tak tipu. aku menitiskan air mata. Ya Allah, andai dapat kau sampaikan salam kami ummat akhir zaman ini kepada nabi kesayanganmu, alangkah indahnya hidup ini. agar dapat baginda mengenali kami di akhirat nanti.

sadaqallahula'zim.



Baca Selanjutnya