Friday, February 20, 2009

Changeling

Sudahkah korang meng"up to date" kan diri dengan filem-filem yang tercalon untuk anugerah Oscar? korang boleh menonton calon-calon tu di panggung2 wayang seperti GSC, mid valley,one utama, pavillion. tak pun di TGV. aku? aku dah tonton WALL-E, TROPIC THUNDER,BATMAN DARK KNIGHT, dan terbaru Changeling, filem yang hebat lakonana Angelina Jolie. Korang kena tengok. aku mengalirkan air mata 2 kali ketika menonton filem nih!

Aku melihat setiap filem yang tercalon itu terbaek dalam kelas masing2. Tropic Thunder sebuah filem komedi paling kelakar bagi aku tahun 2008 yang lepas. Wall-E sebuah filem animasi yang punya satu mesej besar. Batman, sebuah filem aksi yang punya jalan cerita,naratif yang mantap lagi aksi yang gile best!

Tetapi, filem Changeling masih calon terbaek bagi aku untuk memenangi filem terbaek Oscar!. mungkin terlalu awal untuk aku membuat spekulasi. sebab? aku belum menonton 3 filem, Bolt, The Curious Case of Benjamin Button, dan SlumDog Millionaire.

baca selanjutnya

Changeling, sebuah filem drama yang tiada letup-letup. tiada aksi drift. tiada aksi pembunuhan. tiada aksi seram. tetapi bermain dengan mood,feeling,rasa,perasaan. selain jalan cerita dan konflik yang membuatkan korang ingin sekali melompat ke tahun berkenaan untuk membantu si ibu iaitu angelina jolie. *nampak tak apa yang aku cuba katakkan? latar masa adalah sekitar tahun 1928. *diwaktu mak dan bapak aku baru nak kenal dunia.

Changeling bukanlah sebuah filem meraih simpati semata-mata seperti Pensil karya M.Subash, tidak pula filem kontroversi keagamaan seperti Muallaf karya Yasmin Ahmad. Changeling sebuah filem yang membawa satu realiti kehidupan sepanjang zaman. Realiti dunia yang bukan sahaja berlaku di satu tempat, satu masa. tetapi di seluruh dunia,sepanjang masa!

Changeling memaparkan sebuah kehidupan ibu tunggal yang penuh dengan cabaran, sambil mencari sumber pendapatan, menguruskan kehidupan anak2. suatu realiti bukan? mungkin ada yang mengatakan kisah ibu tunggal adalah klise. tunggu! sambung baca!

Kisah ibu tunggal iaitu lakonan Angelina Jolie just tulang belakang filem. untuk menggerakkan filem, kau perlu ada subjek.Atau aku boleh sifatkan Angelina Jolie atau watak Ibu tunggal itu adalah anak patung kepada pengarah untuk menyampaikan mesej filem. *sesuatu yang biasa dalam filem. watak adalah medium penyampai. [macam konfius je]

Kisah ibu tunggal yang kehilangan anak. kemudian diikuti dengan kisah kesusahan dan keperitan untuk menghadapi kehilangan seorang anak. dan karenah birokrasi. "polis tidak akan mengambil apa2 tindakan sehingga kehilangan dalam tempoh 24 jam".
"karenah birokrasi".

Kemudian diikuti dengan pemalsuan anak. untuk menjaga kredibiliti pihak polis, orang2 kuat atau orang berkuasa telah cuba memanipuasikan kes si ibu tunggal. sorang budak lelaki telah dipaksa menjadi anaknya yang kononnya telah dijumpai. dan si ibu pula terpaksa mengiyakan demi menjaga nama baik pihak polis. yang telah berpakat dengan datuk bandar. korupsi di situ. rakyat jelata sering menjadi mangsa golongan elit demi kepentignan peribadi.

Kemudian, si ibu baru sedar yang dia melakukan kesilapan. dia patut bangkit. bagkit untuk tidak melawan bahawa yang dijumpai bukan anaknya. dan "kuasa" pihak polis dan "lemahnya kaum wanita"yang sering dan mudah dieksploitasi dan didiskriminasi telah menyebabkan si ibu dihantar ke rumah sakit jiwa!. dia akan dilepaskan sekiranya menandatangani satu surat aku janji bahawa anak yang dijumpai polis adalah anaknya!.

Sedang berada di rumah sakit jiwa, polis juga sedang menyiasat kes-kes kemasukan secara haram kanak-kanak untuk dijadikan hamba atau pekerja paksa. sehingga terjumpa satu kes pembunuhan kanak2 yang menjadi dalang kepada kehilangan kanak-kanak sekitar tahun itu termasuklah anak si ibu tunggal! Pembunuh seorang psiko! pesakit jiwa! dan juga mempunya seorang pembantu yang usianya lebih kurang kanak2 yang dibunuh! eksploitasi ke atas kanak2.

Sebab itulah aku rasakan filem ini mampu memenangi oscar. habis semua kes-kes realiti dunia dimasukkan. cukup rempah ratusnya.

psst : mesti korang agak pening baca ulasan filem aku ni. aku tak terrer menulis dan mereview ala2 mister ajami ataupun mister deennasour. arap maklum.


Baca Selanjutnya

Sunday, February 15, 2009

| DOSA |

Aku baru pulang dari berkaraoke. Mencuba kekuatan sistem audio,tahap mesra pelanggan,tahap kesegaran lagu yang "up to date" di salah sebuah pusat hiburan karaoke di Sunway Piramid. Kau pernah mendengar "Amp Square" ? Ini ialah sebuah pusat hiburan karaoke yang baru saja beroperasi di tingkat LG3. Kewujudannya mungkin untuk memberi saingan kepada RedBox. Tetapi percayalah, RedBox masih punya lagu yang "up to date". Kau boleh menyanyi lagu terbaru Aizat. Di Amp Square pula kau tidak punya banyak pilihan lagu yang segar.

Mungkin bagi peminat kumpulan Wings, Search atau Ahmad Jais, tidak begitu kecewa apabila keluar dari Amp Square. Tapi bagi aku, peminat lagu-lagu segar seperti Coba - Faizal Tahir, ataupun lagu-lagu indie, amat kecewa. Aku masih berpuas hati pada perkhidmatan RedBox. Jumlah duit yang melayang dari pukul 6pm-9pm tadi sebanyak RM51.60/2 orang. Tamparan hebat yang aku dapat, solat maghrib aku pupus! Kalau bapakku di rumah ketika aku menyelak pintu hadapan tepat pukul 9pm tadi, semestinya penampar yang aku dapat. Itu tak cukup lagi kalau aku mati di tengah jalan tadi? meskinya ketika ini aku sudah diseksa di dalam kubur! *Tuhan, sungguh lemah hambamu ini.

Aku sudah menambah beberapa blog di menu "pautan" di bartepi "sidebar" blog aku. Tampak panjang. Kenapa aku menambah senarai blog ini? woah! aku cukup kagum dengan penulisan dan interprestasi pemikiran mereka! aku terkesima melihat beberapa blog yang punya header dan cara persembahan blog yang mengkagumkan! Dalam hati aku, "wow, Malaysia punya ramai penulis kreatif, dan pereka grafik yang hebat!". Sungguhpun empunya blog seorang akauntan, atau arkitek, ataupun sekadar pelajar lulusan SRP. Pheuw~






baca selanjutnya


Aku kagum wahai kamu empunya blog yang berada di "pautan" aku!.


Baca Selanjutnya

Saturday, February 14, 2009

Lompat Dari Tempurung.

Assalamualaikum. Ini adalah kiriman aku yang pertama untuk blog ke-5 dalam hidup aku. Blog bukan medium baru bagi aku untuk meluahkan kata-kata sumpah seranah atau kata-kata pujian melangit atau bercerita soal kerancakkan nikmat hidup atau kesialan dan kemahajahilan manusia.
dan tidak pula aku cukup pengalaman berblog sebab ada titis peluh di belakang badanku tika cuba mendaftar satu blog yang baru! habis berbelang berbekas belakang ku dik terlalu lama duduk dan bersandar dikerusi merah yang aku beli di giant kelana jaya. naik letih urat jari ni menaip dan mencari "template blogspot" sebab aku malas nak mereka bentuk template aku sendirik. kau handal? cukup kau sedekahkan aku satu gambar untuk ku letakkan diheader blog. aku lebih sukakan background putih! kalau kau sudi, kau boleh merekabentuk header ala-ala fahmi reza yang merekabentuk ilustrasi buku "Malaysian Politicians Say The Darndest Things" yang tengah panas di kedai buku MPH hasil karya Amir Muhammad.


baca selanjutnya



Domain blog ke-5 aku kali ini "lompatkataklompat". seolah-olah nama buku tauladan kanak-kanak yang boleh didapati dengan harga RM10. murah sangat blog aku ni? jangan pandang pada harga. walaupun kau beli kondom harga RM2, kau sudah boleh menghalang sperma dari masuk ke syurga dunia. tapi ada ke kondom harga RM2?

Blog pertama aku dulu fasal dunia bawah tanah atau "underground".Ketika itu kugiran Hujan baru meningkat naik dengan lagu Pagi Yang Gelap. Orang belum kenal Meet Uncle Hussein. Aku bukan penghuni underground. tapi aku ada sebuah band underground. tapi kami hanya pernah "jamming" 2-3 kali pada tahun lepas. tahun ni? belum. selepas Hujan mengeluarkan EP 2, blog tutup.

Blog kedua aku adalah blog peribadi. tak perlu aku cerita pasal ini. blog peribadi yang pada skematiknya bercerita pasal empunya blog. hari ini kau makan apa,esok kau buat apa, kau punya kekasih dapat apa hari ini? tempat kau menyumpah cikgu-cikgu sekolah, tempat kau menyumpah karya-karya filem Malaysia, tempat kau mengutuk pasukan bola Malaysia. Owh ya, sudahkah kamu mendengar berita? pasukan bola sepak negara jatuh 3 anak tangga iaitu 161 pada rangking dunia? rangking ke-2 paling rendah selepas 170 april tahun lalu. Itulah bahana apabila bola sepak dipolitikkan. blog peribadi aku itu ditutup februari tahun lepas.

Blog ketiga fasal fotografi. mengumpulkan anak-anak muda belasan tahun dan anak-anak yang sedang mengaji di ipta yang meminati fotografi. apa aku kisah mereka menangkap gambar menggunakan kamera digital kompak, atau kamera "digital single lense reflex" atau sekadar kamera telefon bimbit, atau kamera lomografi, yang penting kenikmatan yang kami perolehi apabila gambar dimuatnaikkan dan dikomen oleh rakan-rakan. ah nikmat. dan baru tadi blog itu aku tutup!.

Blog keempat fasal muat turun mp3. Ya, hasil pengumpulan para lanun-lanun internet. siapa tidak mahu lagu percuma? tidak semua orang Malaysia berduit untuk membeli album artis. tak semua budak sekolah punya wang untuk membeli EP kumpulan indie. Maka, kau patut berterima kasih kepada orang-orang seperti aku dan yang lain yang sudi bersedekah. blog itu masih wujud atas nama blog muat turun lagu-lagu indie kebanyakkannya.

Blog kelima ini tempat aku bergosip. berkongsi kata-kata yang mungkin agak kasar bagi sesetengah orang kerana aku menggunakan kata ganti diri "aku". dan kalau dalam penulisan, aku seolah-olah menggunakan teknik pemerian. Lompatkataklompat [dot] blogspot [dot] com.
dengan tagline sementara atau selamanya kalau aku malas mengubah "lompat si katak lompat, lompat dari tempurung, apa yang aku dapat, keluar dari tempurung?"

Kenapa katak? katak adalah simbol kebebasan selepas burung di Malaysia pada ketika ini. Ramai dah mula bising fasal "keluar dari tempurung,keluar dari tempurung". Di tambah dengan logo Les Copaque penerbit filem gempak 2009 Geng : Pengembaraan Bermula yang menggunakan ilustrasi tempurung dan katak pada huruf "o" pada logo produksinya. Juga blog Mamat Khalid pengarah tersohor dan termasyur selepas kemenangan di Festival Filem Malaysia menerusi Kala Malam Bulan Mengambang. Layaknya beliau menang walaupun aku tertidur menonton filem itu di panggung. Blog beliau menggunakan domain pecahtempurung.

Bukankah katak dan tempurung merupakan buah mulut masa ini? tidak salah aku guna. Maka, selamat datang ke blog aku. jangan segan silu menambah blog aku di menu blogroll atau dipautan atau dilink blog-blog kau. aku tidak akan mendiskriminasi sesiapa dalam menyenaraikan blog-blog kau. Tidak seperti sesetengah orang. Sebab dia penulis, blogroll nya hanya dihiasi blog-blog penulis lain. Kalau kau pengarah filem, blogroll kau hanya senarai blog pengarah filem yang lain. Itu aku klasifikasikan sebagai diskriminasi kolar putih, boleh?

Ternyata aku menulis kiriman ini 2 hari. semalam, 11.30pm 14 februari aku menulis dan membuka blog ini, dan ketika ini aku masih menulis lagi, 12.04am 15 februari. masa cepat berlalu. dan jangan segan jangan silu, selamat datang ke blog aku.


Baca Selanjutnya