Saturday, February 14, 2009

Lompat Dari Tempurung.

Assalamualaikum. Ini adalah kiriman aku yang pertama untuk blog ke-5 dalam hidup aku. Blog bukan medium baru bagi aku untuk meluahkan kata-kata sumpah seranah atau kata-kata pujian melangit atau bercerita soal kerancakkan nikmat hidup atau kesialan dan kemahajahilan manusia.
dan tidak pula aku cukup pengalaman berblog sebab ada titis peluh di belakang badanku tika cuba mendaftar satu blog yang baru! habis berbelang berbekas belakang ku dik terlalu lama duduk dan bersandar dikerusi merah yang aku beli di giant kelana jaya. naik letih urat jari ni menaip dan mencari "template blogspot" sebab aku malas nak mereka bentuk template aku sendirik. kau handal? cukup kau sedekahkan aku satu gambar untuk ku letakkan diheader blog. aku lebih sukakan background putih! kalau kau sudi, kau boleh merekabentuk header ala-ala fahmi reza yang merekabentuk ilustrasi buku "Malaysian Politicians Say The Darndest Things" yang tengah panas di kedai buku MPH hasil karya Amir Muhammad.


baca selanjutnya



Domain blog ke-5 aku kali ini "lompatkataklompat". seolah-olah nama buku tauladan kanak-kanak yang boleh didapati dengan harga RM10. murah sangat blog aku ni? jangan pandang pada harga. walaupun kau beli kondom harga RM2, kau sudah boleh menghalang sperma dari masuk ke syurga dunia. tapi ada ke kondom harga RM2?

Blog pertama aku dulu fasal dunia bawah tanah atau "underground".Ketika itu kugiran Hujan baru meningkat naik dengan lagu Pagi Yang Gelap. Orang belum kenal Meet Uncle Hussein. Aku bukan penghuni underground. tapi aku ada sebuah band underground. tapi kami hanya pernah "jamming" 2-3 kali pada tahun lepas. tahun ni? belum. selepas Hujan mengeluarkan EP 2, blog tutup.

Blog kedua aku adalah blog peribadi. tak perlu aku cerita pasal ini. blog peribadi yang pada skematiknya bercerita pasal empunya blog. hari ini kau makan apa,esok kau buat apa, kau punya kekasih dapat apa hari ini? tempat kau menyumpah cikgu-cikgu sekolah, tempat kau menyumpah karya-karya filem Malaysia, tempat kau mengutuk pasukan bola Malaysia. Owh ya, sudahkah kamu mendengar berita? pasukan bola sepak negara jatuh 3 anak tangga iaitu 161 pada rangking dunia? rangking ke-2 paling rendah selepas 170 april tahun lalu. Itulah bahana apabila bola sepak dipolitikkan. blog peribadi aku itu ditutup februari tahun lepas.

Blog ketiga fasal fotografi. mengumpulkan anak-anak muda belasan tahun dan anak-anak yang sedang mengaji di ipta yang meminati fotografi. apa aku kisah mereka menangkap gambar menggunakan kamera digital kompak, atau kamera "digital single lense reflex" atau sekadar kamera telefon bimbit, atau kamera lomografi, yang penting kenikmatan yang kami perolehi apabila gambar dimuatnaikkan dan dikomen oleh rakan-rakan. ah nikmat. dan baru tadi blog itu aku tutup!.

Blog keempat fasal muat turun mp3. Ya, hasil pengumpulan para lanun-lanun internet. siapa tidak mahu lagu percuma? tidak semua orang Malaysia berduit untuk membeli album artis. tak semua budak sekolah punya wang untuk membeli EP kumpulan indie. Maka, kau patut berterima kasih kepada orang-orang seperti aku dan yang lain yang sudi bersedekah. blog itu masih wujud atas nama blog muat turun lagu-lagu indie kebanyakkannya.

Blog kelima ini tempat aku bergosip. berkongsi kata-kata yang mungkin agak kasar bagi sesetengah orang kerana aku menggunakan kata ganti diri "aku". dan kalau dalam penulisan, aku seolah-olah menggunakan teknik pemerian. Lompatkataklompat [dot] blogspot [dot] com.
dengan tagline sementara atau selamanya kalau aku malas mengubah "lompat si katak lompat, lompat dari tempurung, apa yang aku dapat, keluar dari tempurung?"

Kenapa katak? katak adalah simbol kebebasan selepas burung di Malaysia pada ketika ini. Ramai dah mula bising fasal "keluar dari tempurung,keluar dari tempurung". Di tambah dengan logo Les Copaque penerbit filem gempak 2009 Geng : Pengembaraan Bermula yang menggunakan ilustrasi tempurung dan katak pada huruf "o" pada logo produksinya. Juga blog Mamat Khalid pengarah tersohor dan termasyur selepas kemenangan di Festival Filem Malaysia menerusi Kala Malam Bulan Mengambang. Layaknya beliau menang walaupun aku tertidur menonton filem itu di panggung. Blog beliau menggunakan domain pecahtempurung.

Bukankah katak dan tempurung merupakan buah mulut masa ini? tidak salah aku guna. Maka, selamat datang ke blog aku. jangan segan silu menambah blog aku di menu blogroll atau dipautan atau dilink blog-blog kau. aku tidak akan mendiskriminasi sesiapa dalam menyenaraikan blog-blog kau. Tidak seperti sesetengah orang. Sebab dia penulis, blogroll nya hanya dihiasi blog-blog penulis lain. Kalau kau pengarah filem, blogroll kau hanya senarai blog pengarah filem yang lain. Itu aku klasifikasikan sebagai diskriminasi kolar putih, boleh?

Ternyata aku menulis kiriman ini 2 hari. semalam, 11.30pm 14 februari aku menulis dan membuka blog ini, dan ketika ini aku masih menulis lagi, 12.04am 15 februari. masa cepat berlalu. dan jangan segan jangan silu, selamat datang ke blog aku.

8 comments:

  1. kau memang dah kena suntik fahmi reza. tgk header blog kau!

    orang2 famous ni, memang mau blog link diorang dihiasi blog link orang2 famous jugak.
    kalau mamat khalid baca ni pun,belum tentu dia add blog link ko kat blog link dia. *walaupun ko puji dia.

    ReplyDelete
  2. wahh... ala2 logo les kopaque lagik katak lompat tempurung... kekkekee

    ReplyDelete
  3. saket mate mawu bace tulesan2 di sini.. adoyy

    ReplyDelete
  4. blog ini macam best.. gua ckp 'macam'
    so gua link & monitor utk sebulan!
    pastu kalau tak best gua boo-layan!
    bolehhh?

    hahaha.. peace bro! muahhh!

    ReplyDelete
  5. IZZ~menggunakan maskot katak. sakit mata? aku tukar lah.

    AJAMI~utk mendapatkan perhatian incik ajami, blog anda perlulah punya ceritas fasal filem. betul?

    ReplyDelete
  6. Sekurang2nya kamu tidak menghantuk..... lebih jelas kita berjaga2, maksudnya memandang kehadapan utk masa depan yg cermelang, gemilang dan terbilang, mari capai matlamat itu WAWASAN2020. TAJUK BESAR ini yg pasti kamu dapat apabila kamu berjaya keluar dari TEMPURUNG itu.

    ReplyDelete
  7. OYA MENGHANTUK ITU MENGANTUKkan... pasal itu KEPALAkah he he he yayaya guru yaya saya pamm. Maksudnya kita harus juga beriktiar bukan hanya meminta atau menunggu itu masa tiba 2020.BEST.. TQ.

    ReplyDelete