Friday, February 20, 2009

Changeling

Sudahkah korang meng"up to date" kan diri dengan filem-filem yang tercalon untuk anugerah Oscar? korang boleh menonton calon-calon tu di panggung2 wayang seperti GSC, mid valley,one utama, pavillion. tak pun di TGV. aku? aku dah tonton WALL-E, TROPIC THUNDER,BATMAN DARK KNIGHT, dan terbaru Changeling, filem yang hebat lakonana Angelina Jolie. Korang kena tengok. aku mengalirkan air mata 2 kali ketika menonton filem nih!

Aku melihat setiap filem yang tercalon itu terbaek dalam kelas masing2. Tropic Thunder sebuah filem komedi paling kelakar bagi aku tahun 2008 yang lepas. Wall-E sebuah filem animasi yang punya satu mesej besar. Batman, sebuah filem aksi yang punya jalan cerita,naratif yang mantap lagi aksi yang gile best!

Tetapi, filem Changeling masih calon terbaek bagi aku untuk memenangi filem terbaek Oscar!. mungkin terlalu awal untuk aku membuat spekulasi. sebab? aku belum menonton 3 filem, Bolt, The Curious Case of Benjamin Button, dan SlumDog Millionaire.

baca selanjutnya

Changeling, sebuah filem drama yang tiada letup-letup. tiada aksi drift. tiada aksi pembunuhan. tiada aksi seram. tetapi bermain dengan mood,feeling,rasa,perasaan. selain jalan cerita dan konflik yang membuatkan korang ingin sekali melompat ke tahun berkenaan untuk membantu si ibu iaitu angelina jolie. *nampak tak apa yang aku cuba katakkan? latar masa adalah sekitar tahun 1928. *diwaktu mak dan bapak aku baru nak kenal dunia.

Changeling bukanlah sebuah filem meraih simpati semata-mata seperti Pensil karya M.Subash, tidak pula filem kontroversi keagamaan seperti Muallaf karya Yasmin Ahmad. Changeling sebuah filem yang membawa satu realiti kehidupan sepanjang zaman. Realiti dunia yang bukan sahaja berlaku di satu tempat, satu masa. tetapi di seluruh dunia,sepanjang masa!

Changeling memaparkan sebuah kehidupan ibu tunggal yang penuh dengan cabaran, sambil mencari sumber pendapatan, menguruskan kehidupan anak2. suatu realiti bukan? mungkin ada yang mengatakan kisah ibu tunggal adalah klise. tunggu! sambung baca!

Kisah ibu tunggal iaitu lakonan Angelina Jolie just tulang belakang filem. untuk menggerakkan filem, kau perlu ada subjek.Atau aku boleh sifatkan Angelina Jolie atau watak Ibu tunggal itu adalah anak patung kepada pengarah untuk menyampaikan mesej filem. *sesuatu yang biasa dalam filem. watak adalah medium penyampai. [macam konfius je]

Kisah ibu tunggal yang kehilangan anak. kemudian diikuti dengan kisah kesusahan dan keperitan untuk menghadapi kehilangan seorang anak. dan karenah birokrasi. "polis tidak akan mengambil apa2 tindakan sehingga kehilangan dalam tempoh 24 jam".
"karenah birokrasi".

Kemudian diikuti dengan pemalsuan anak. untuk menjaga kredibiliti pihak polis, orang2 kuat atau orang berkuasa telah cuba memanipuasikan kes si ibu tunggal. sorang budak lelaki telah dipaksa menjadi anaknya yang kononnya telah dijumpai. dan si ibu pula terpaksa mengiyakan demi menjaga nama baik pihak polis. yang telah berpakat dengan datuk bandar. korupsi di situ. rakyat jelata sering menjadi mangsa golongan elit demi kepentignan peribadi.

Kemudian, si ibu baru sedar yang dia melakukan kesilapan. dia patut bangkit. bagkit untuk tidak melawan bahawa yang dijumpai bukan anaknya. dan "kuasa" pihak polis dan "lemahnya kaum wanita"yang sering dan mudah dieksploitasi dan didiskriminasi telah menyebabkan si ibu dihantar ke rumah sakit jiwa!. dia akan dilepaskan sekiranya menandatangani satu surat aku janji bahawa anak yang dijumpai polis adalah anaknya!.

Sedang berada di rumah sakit jiwa, polis juga sedang menyiasat kes-kes kemasukan secara haram kanak-kanak untuk dijadikan hamba atau pekerja paksa. sehingga terjumpa satu kes pembunuhan kanak2 yang menjadi dalang kepada kehilangan kanak-kanak sekitar tahun itu termasuklah anak si ibu tunggal! Pembunuh seorang psiko! pesakit jiwa! dan juga mempunya seorang pembantu yang usianya lebih kurang kanak2 yang dibunuh! eksploitasi ke atas kanak2.

Sebab itulah aku rasakan filem ini mampu memenangi oscar. habis semua kes-kes realiti dunia dimasukkan. cukup rempah ratusnya.

psst : mesti korang agak pening baca ulasan filem aku ni. aku tak terrer menulis dan mereview ala2 mister ajami ataupun mister deennasour. arap maklum.

6 comments:

  1. The Curious Case of Benjamin Button juga terbaik :)

    ReplyDelete
  2. wall-e ngan dark knight jer da tengok.. yg lein blom... he~

    ReplyDelete
  3. aku suka citer nie
    yg psal polis tu mmg btol
    geram doh masa tgk

    ReplyDelete
  4. fazeezan - aku tak tgk lagi. akan ku tgk ari ni.

    izz - ahaha, aku lebih advance dari ko. pg lah tgk kat gsc.

    earmyshort - yaya, aku rasa cam nak terjah je balai polis tu. kesian dow

    ReplyDelete
  5. Changeling cerita yg bagus...tapi slumdog mengatasi segalanya....aku rela membayar rm 100 jika itu harga tiket untuk slumdog..

    pengarahan, falsafah, lakon layar, skrip, komedi, sinematografi dan penataan bunyi serta cahaya yang sangat bagus dan hampir sempurna.

    rugi jika tak tengok... aku syorkan pada ramai orang dan sudahnya mereka bersetuju dengan aku.

    ReplyDelete
  6. Pertamanya aku nak ckp terima kasih sebab link blog aku.. jujurnya aku baru nak mengaktif blog itu. maaf terlewat.

    Kedua- aku akan link blog ko. bukan kerana ko blog aku. (ini bukan simptom tag). Kerana aku kira blog ko ada pemikiran. aku hanya akan link ke blog yg cool- ada pemikiran. dan lompatkatak adalah cool.

    Ketiga- aku setuju dgn posting ini. Changeling merupakan terbaik. Kalau kau perasan, gaya pengarahan clint eastwood menggunakan sedikit kamera. hanya bermain depan dan belakang. kemudian dari segi skor muzik. muzik yg kerapa dimainkan tu sgt sedih. kalau ko dpt carikan utk aku- memang ko cool! haha

    ko kenal fahmi? Header tu dia buat ke?

    ps: aku ada blog peribadi. (tidaklah peribadi sgt. http://radzitajuddin.blogspot.com

    ReplyDelete